Monday, 8 July 2013

Just Be Yourself!

Salam... Hi readers... Lama tak update blog.. Maklumlah final baru-baru ni...

Apa-apa pun, bukannya tujuan nak cerita pasal final exam yang agak mencabar pemikiran tu..

Saya rasa saya berminat nak tampal satu quotation dekat entry ni...
TADAAA!!!..

 Cuba fahami maksud quotation tu...
Saya pelik dengan keadaan yang berlaku sekarang ni. Ramai yang suka pretend jadi orang lain. Kenapa ekk?? Apa yang best nya bila kita ni berpura-pura jadi orang lain?? Tak rasa lemas ke??

Mungkin dengan jadi orang lain, kita ni nampak sempurna. Tapi percayalah sebenarnya bila kita keep pretending, one find day kita akan rasa kita yang sebenar dah tak wujud. Yang ada depan kita is someone new... Someone yang jiwa dan jugak hatinya bukan dengan dirinya. Kenapa?? Sebab pura-pura tu la...

Memang bila kita jadi diri sendiri, tak semua orang akan suka kan kita. Tapi tu jauh lebih baik daripada kita berpura-pura dengan jadi diri orang lain semata-mata nak buat semua yang ada sukakan kita!

It's the fact! Nobody is perfect! So, why you keep yourself in shadow but show other people self in you?? It didn't match! I will not going perfectly. You and yourself will ruin!

Jadilah diri kita sendiri.. Walau pun tak ramaikan kawan tak pe.. Asalkan kita tenang, tak pura-pura. Kita tak perlu nak cuba bertukar macam ultraman, power ranges and even ben10 sebab walau siapa pun kita yang sebenarnya, pada satu saat yang betul mesti ada yang suka kan kita dan pasal orang yang bencikan kita tu... ala, campak letak tepi pun tak pe.. Tak payah sesakkan fikiran pasal diorang tu.

Bukan ke bila kita berpura-pura jadi orang lain tu sama macam kita tak suka diri kita sendiri?? Kalau kita tak suka diri sendiri, maknanya bukan ke sama macam kita tak suka PENCIPTA pada diri kita?? Jangan persoalkan kenapa sesorang tu macam tu, tapi kita macam ni.. Kenapa dia boleh macam tu, kenapa kita tak boleh... Jangan pernah persoalkan sebab setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Hanya melalui mata hati kita akn sedar apa hikmah yang berlaku dari kejadian yang kita alami..

Last quotation to paste...


Till meet again in another entry.. 
Till then, salam and Fi Hafizillah
*Smile* JUST BE YOUR SELF!!

Sunday, 23 June 2013

Sombong???!!

Salam... Hi readers...

Dah berhari tak update blog. Ermm.. kekeringan idea sebenarnya. Tapi hari ni nak update walaupun rasanya isinya mungkin anda dah pernah baca dan dah melekat pun dalam minda tu.

Tapi, tak pe lah... Saya cuma ingin berkongsi kerana Rasulullah S.A.W juga ada berpesan,
'Sampaikanlah dariku walau pun sepotong ayat'

Jadi, saya rasa tak salah saya berkongsi maklumat dan info ini untuk panduan kita bersama. Kan??

Pernah tak anda terjumpa orang sombong? Pernah tak bertegur sapa dengan mereka? Apa balasan mereka pada teguran anda? Buat donno je kan? Pernah terfikir ke untuk jadi macam mereka? Mesti tak, kan?

So, hari ni saya nak kongsikan beberapa tips daripada Imam Al-Ghazali. Tips ini untuk mengelakkan kita daripada jadi manusia yang SOMBONG, BONGKAK, RIAK & BERLAGAK (SBRB)..p/s siapa yang tengok Geng Surau rasanya tahulah...
****

Tips Pertama

* Bila berjumpa dengan kanak2, anggaplah mereka lebih mulia dari kita. Kenapa??
         Sebab kanak2 belum banyak dosanya kalau nak dibandingkan dengan kita yang dah besar panjang ni..

Tips Kedua

* Bila kita terjumpa dengan orang tua, fikirkanlah yang mereka lebih mulia daripada kita... Sebab....
         Mereka dah lama beribadat berbanding dengan kita yang jauh berganda mudanya daripada mereka.

Tips Ketiga

* Bila terjumpa dengan orang alim, anggaplah yang mereka lebih mulia daripada kita. Kerana...
         Banyak ilmu yang mereka ada berbanding dengan kita ni...

Tips Keempat

* Bila kita nampak orang yang jahil atau buat salah, janganlah kita hina mereka. Malah anggaplah mereka lebih mulia daripada kita. 
        SEBAB : mereka membuat dosa kerana mereka tidak tahu sedangkan kita, dah tahu pun main aci redah je...

Tips Kelima

* Bila kita berjumpa dengan orang jahat, jangan pernah anggap kita lebih mulia dari dia...
         Kerana kita tak tahu, mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya. Mana kita tahu, kan? Bukan kita boleh meramal masa depan...

Tips Keenam

* Bila berjumpa dengan non-muslim, fikirlah dalam hati yang mungkin suatu hari nanti mereka dapat hidayah oleh ALLAH dan memeluk Islam. Dan, automatik segala dosa mereka diampunkan. Sedangkan  kita... Wallahu'alam...
****
Semua garis panduan yang diberikan oleh Iman Al-Ghazali untuk mengelakkan kita dari berburuk sangka dan jugak sombong dengan setiap apa yang kita miliki. 

Tapi, selain daripada mengikut tips yang ini, kita juga mesti selalu berdoa, mohon perlindungan daripada ALLAH dari sifat2 mazmumah yang boleh mematikan hati kita ni. Selain daripada tu, jangan lupa untuk bersedekah, memberi bantuan. Ingatlah,
'Tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima'
Secara tak langsung, kita dapat bersyukur dengan apa yang kita ada. Sebenarnya, kalau nak diikutkan apa yang kita ada ni dah melebihi daripada kecukupan. Percayalah!

Sekian saja untuk entry ini...
Sampai jumpa lagi dalam entry akan datang..
Salam... *Fi Hafizillah*