Sunday, 17 November 2013

Perubahan...



Saya rasa nampak, rakyat Malaysia sekarang ni macam dah kurang sikap berperikemanusiaan kasihan terhadap insan lain. Mesti kebanyakan antara kita pernah tonton iklan-iklan tentang budi bahasa, sopan santun dan hormat-menghormati, kan? Jujur saya katakan, sikap-sikap tu semakin nipis dalam kehidupan kita sekarang ni.

Saya nak cerita sedikit tentang pengalaman saya sepanjang setahun tinggal luar dari keluarga. Setahun tinggal luar buat saya sedikit sebanyak faham dan nampak kehidupan yang selama ni sedikit tersorok dari pandangan mata.

Hampir Setiap minggu saya ulang-alik naik public transport dari kampung yang tercinta ke Ampang dan sebaliknya. Jarak tak jauh, 1 jam 30 minit atau lambat sikit cecah 2 jam. Tukar 2 kali stesen. Satu dekat LRT Masjid Jamek dan satu lagi KTM di KL Sentral. Sepanjang perjalanan tu, macam-macam ragam manusia kita boleh tengok. Ya, saya mengaku. Saya memang suka tengok perangai manusia yang bermacam-macam jenis tu. Kadang-kadang boleh buat kita tergelak sendiri.

Tapi, bukan tu yang saya nak highlight kan dekat sini. Apa yang saya nak kongsikan adalah saya tengok sendiri yang kita ni (rakyat Malaysia) kurang prihatin dengan keadaan sekeliling kita. Public transport, tak di nafikan memang ramai yang gunakannya termasuklah sebahagian warga emas, OKU dan juga ibu mengandung dan bawa anak kecik.

So, as a human being with heart and feeling, why don’t you offer your sit to them? Alasan awak,
                “Saya penat kerja. Perjalanan saya jauh lagi.”
                “Punya ramai yang duduk, kenapa saya pulak yang kena bangun?”

Guna akal awak. Awak sihat tubuh badan, masih lagi kuat, kenapa awak tak nak mengalah? Nak tunggu orang lain? kalau semua orang berfikiran macam awak, macam mana? Awak pernah tak letak diri awak atau sesiapa dalam family awak di tempat mereka? Apa perasaan awak kalau mereka dilayan macam tu? Mesti awak marahkan.

Bayangkan macam mana penatnya warga emas tu untuk berdiri lebih-lebih lagi dalam waktu kemuncak? Macam mana susahnya Orang Kelainan Upaya (OKU) tu nak tempuh perjalanan mereka dalam keadaan macam tu? Macam mana letihnya ibu mengandung nak berdiri sepanjang perjalanan mereka. Boleh tak kita gunakan akal waras yang diberikan ALLAH ini untuk berfikir. Bukan sekadar untuk orang lain, tapi untuk kebaikan dalam diri kita jugak.

Tak guna kita asyik sibuk nak harapkan orang lain. perubahan takkan berlaku kalau kita tak mulakan dulu. Salah ke kalau kita mengalah? Mungkin hari ni hari mereka, esok lusa siapa tahu nasib kita pulak duduk di tempat mereka? Waktu tu, baru nak menyesal? Dah terlambat!

Ingatlah hidup kita ni macam roda. Mungkin hari ni kita sihat dan kuat, kalau satu hari nanti ALLAH tarik balik nikmat yang diberikan pada kita, macam mana? Kesihatan yang kita ada bukan untuk menindas dan melupakan orang lain, tapi supaya kita beribadah kepada-Nya. Tolong orang, beri tempat duduk, juga dikira sebagai ibadah. Jangan lupa tu!

So, kalau sebelum ni kita selalu buat tak peduli pada golongan macam ni, berubahlah. Kita perlukan perubahan. Perubahan yang membawa ke arah kebaikan. Hormat-menghormati, tolong-menolong, bersatu padu, semua tu perlu ditanam balik dalam diri kita hari ni supaya kita sentiasa ingat bukan kita je yang hidup di muka bumi ni. 

Jangan ingat kita susah tapi sedarlah ada lagi yang lebih susah dari kita..

that's all..
sampai jumpa lagi..
salam...
Fi Hafizillah~~
",

Saturday, 9 November 2013

Saat Kita Mengeluh~~

Salam~~
 
Pernah tak kita mengeluh???
Banyak kali kan...Mungkin jugak selalu...
Mengeluh kerana apa? Masalah? Dugaan Yang Muncul?? 
Ya, memang setiap ujian, cabaran dan dugaan tu sangat susah untuk kita jalani dan tempuhi...
Tapi ingatlah...

1. Bila kita mengeluh kerana kepenatan sama ada penat kerja, belajar dan lain2..
    ALLAH menjawab :
                "Dan telah Kami jadikan tidur mu istirehat" (78:9)

2. Bila kita rasa tak mampu nak tanggung ujian, cabaran dan dugaan yang telah kita terima..
    ALLAH berfirman :
                "AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai dengan kesanggupannya" (2:286)

3. Saat kita mengeluh kerana tertekan atau stress dan mungkin juga sebab serabut..
    ALLAH berkata dalam Al-Quran :
                "Hanya dengan mengingati-KU hati akan menjadi tenang" (13:28)

4. Ketika kita rasakan apa yang kita usahakan, hanyalah sia2...
    Ingat kembali apa yang ALLAH jelaskan dalam kitab-NYA
               "Sesiapa yang mengerjakan kebaikan meski sebesar zarah pun, nescaya ia akan melihat balasannya" (99:7)

5. Saat kita rasakan tak de siapa nak bantu, tolong atau ada disisi kita...
    ALLAH juga telah menjawab...
                "Berdoalah kepada-KU, nescaya AKU kabulkan untukmu" (40:60)

Dan...

6. Disaat kita mengeluh kerana kesedihan, kelukaan atau dimainkan perasaan...
    Ingatlah ALLAH berfirman dalam Al-Quran yang mulia :
                "Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya ALLAH bersamamu" (9:40)

Ingatlah... Jangan pernah mengeluh kerana mengeluh itu sama seperti kita meragui takdir yang dah ditentukan ALLAH pada kita. mengeluh tu tak baik! Dari mengeluh, lebih baik kita banyakkan Zikrullah... sekurang2nya kita lebih mendekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta..

Sekian...
Sampai jumpa lagi..
Fi Hafizillah~~
",