Sunday, 23 June 2013

Sombong???!!

Salam... Hi readers...

Dah berhari tak update blog. Ermm.. kekeringan idea sebenarnya. Tapi hari ni nak update walaupun rasanya isinya mungkin anda dah pernah baca dan dah melekat pun dalam minda tu.

Tapi, tak pe lah... Saya cuma ingin berkongsi kerana Rasulullah S.A.W juga ada berpesan,
'Sampaikanlah dariku walau pun sepotong ayat'

Jadi, saya rasa tak salah saya berkongsi maklumat dan info ini untuk panduan kita bersama. Kan??

Pernah tak anda terjumpa orang sombong? Pernah tak bertegur sapa dengan mereka? Apa balasan mereka pada teguran anda? Buat donno je kan? Pernah terfikir ke untuk jadi macam mereka? Mesti tak, kan?

So, hari ni saya nak kongsikan beberapa tips daripada Imam Al-Ghazali. Tips ini untuk mengelakkan kita daripada jadi manusia yang SOMBONG, BONGKAK, RIAK & BERLAGAK (SBRB)..p/s siapa yang tengok Geng Surau rasanya tahulah...
****

Tips Pertama

* Bila berjumpa dengan kanak2, anggaplah mereka lebih mulia dari kita. Kenapa??
         Sebab kanak2 belum banyak dosanya kalau nak dibandingkan dengan kita yang dah besar panjang ni..

Tips Kedua

* Bila kita terjumpa dengan orang tua, fikirkanlah yang mereka lebih mulia daripada kita... Sebab....
         Mereka dah lama beribadat berbanding dengan kita yang jauh berganda mudanya daripada mereka.

Tips Ketiga

* Bila terjumpa dengan orang alim, anggaplah yang mereka lebih mulia daripada kita. Kerana...
         Banyak ilmu yang mereka ada berbanding dengan kita ni...

Tips Keempat

* Bila kita nampak orang yang jahil atau buat salah, janganlah kita hina mereka. Malah anggaplah mereka lebih mulia daripada kita. 
        SEBAB : mereka membuat dosa kerana mereka tidak tahu sedangkan kita, dah tahu pun main aci redah je...

Tips Kelima

* Bila kita berjumpa dengan orang jahat, jangan pernah anggap kita lebih mulia dari dia...
         Kerana kita tak tahu, mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya. Mana kita tahu, kan? Bukan kita boleh meramal masa depan...

Tips Keenam

* Bila berjumpa dengan non-muslim, fikirlah dalam hati yang mungkin suatu hari nanti mereka dapat hidayah oleh ALLAH dan memeluk Islam. Dan, automatik segala dosa mereka diampunkan. Sedangkan  kita... Wallahu'alam...
****
Semua garis panduan yang diberikan oleh Iman Al-Ghazali untuk mengelakkan kita dari berburuk sangka dan jugak sombong dengan setiap apa yang kita miliki. 

Tapi, selain daripada mengikut tips yang ini, kita juga mesti selalu berdoa, mohon perlindungan daripada ALLAH dari sifat2 mazmumah yang boleh mematikan hati kita ni. Selain daripada tu, jangan lupa untuk bersedekah, memberi bantuan. Ingatlah,
'Tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima'
Secara tak langsung, kita dapat bersyukur dengan apa yang kita ada. Sebenarnya, kalau nak diikutkan apa yang kita ada ni dah melebihi daripada kecukupan. Percayalah!

Sekian saja untuk entry ini...
Sampai jumpa lagi dalam entry akan datang..
Salam... *Fi Hafizillah*

Tuesday, 18 June 2013

Sahabat/Friend....

Salam.. Hi readers

Sebab tajuk blog ni, "It's all 'bout life", so entry dalam ni semua berkisarkan kehidupan seharian kita sebagai manusia. Kadang-kadang tu mungkin ada meraban sikit, terover sikit... lumrah la tu.. *peace*

Hari ni mood nak tulis pasal friendship la... Memandangkan hari ni adalah special date bagi saya, so feeling exited pulak nak tulis pasal friendship..

Saya nak senaraikan beberapa jenis kawan yang ada dekat muka bumi ni..

1. Back Stabber

Kawan tikam belakang. Saya memang tak boleh terima jenis macam ni... Sakit hati tau dengan manusia yang depan berlagak baik tapi belakang, dari A-Z rahsia kita dibukanya. Kawan macam ni bila dikenangkan balik, mula la kita akan terfikir 'kan bagus kalau dari dulu aku tak pernah kenal dia'. 

Kawan jenis back stabber ni, memang tak sepatutnya wujud dalam satu persahabatan. Selalunya, kerana dialah hubungan persahabatan antara kawan yang lain akan putus.... atau porak peranda.

2. Black Sheep

Ni pun jenis 2x5 je macam back stabber. Tapi jenis ni lagi extreme. 

Biasanya kalau black sheep ni akan melibatkan hubungan persahabatan berkumpulan. Depan baik, belakang mula buat cerita. Bila cerita siap dibina dan tersebar, dia akan buat muka tak bersalah. Malah, sometimes siap bagi nasihat kat kita untuk bersabar. Tapi kalau nak tahu, sebenarnya dialah yang sampaikan cerita buruk tu kat semua orang. Kejam kan?

3. Kawan waktu senang, waktu susah... errr...

Yang ni pun parah gak. Waktu kita senang, ada je dia menempel kat sebelah kita. Masa tu 'kamilah best buddy for ever'. Tapi bila kita ada kesusahan, adoyaiiii.... dialah yang pertama menghilang. Bagi alasan beribu-ribu asalkan dia tak sama dapat susah macam kita. Kawan jenis macam ni memang berjuta kat muka bumi ni. Sana sini kita boleh jumpa. Tak payah cari jauh-jauh, rasanya dekat keliling kita pun ada sekarang ni.. :)

4. Kawan waktu dia susah, waktu dia senang ....

Waktu dia susah, kita nilah sahabat sejati. Waktu dia senang, dia lupakan kita. Kalau dia ada problem, laju je dia cari kita. Tapi bila problem dia dah settle, perkataan 'terima kasih' pun dah tak nampak bayang. Kawan macam ni memang buat saya selalu rasa nak baling buang dari hidup. Tapi susah. 

Dalam banyak-banyak mesti ada satu atau dua yang melekat punya.

5. Kawan sejati

This is the true friend! Kawan masa susah dan masa senang. Bila kita happy, dia sama happy dan bila kita sedih, dia ada untuk pujuk dan kuatkan semangat kita. Kawan macam ni memang best tapi paling susah nak jumpa. Mungkin satu dalam sejuta kot.. Kawan yang paling bermakna bagi kita memang susah nak jumpa. Bila dah jumpa, janganlah lepaskan. Jangan buat hubungan yang baik tu huru hara sebab satu masalah kecil. Ok??
*****
Penat pulak rasanya update pasal ciri-ciri SAHABAT ni. Tapi saya memang bersyukur sebab saya ada ramai kawan jenis nombor 5. Geng kaki merepek. Hahaha... (main dan je nama tu). Thanks to Azimy, Muzammir, Faridah, Amirul and Yana.. Ops, Emy lagi seorang. Selalu ada masa saya perlukan bantuan. Tolong saya waktu saya tak mampu nak hadapi rintangan dan selalu ada untuk cherish hidup saya. Memang korang best buddyz untuk selamanya!

Untuk SAHABAT type 1-4 tu, tolonglah berubah. Kita hidup dekat dunia ni perlukan kawan. Kalau bukan untuk sekarang tapi untuk masa depan. Kalau dengan semua kawan kita dah buat macam tu, nanti satu hari bila kita betul-betul perlukan kawan tak ada siapa nak membantu. Masa tu menyesal pun tak guna!

Untuk semua yang pegang tittle SAHABAT, Happy Friendship Day... Semoga persahabatan anda dan kawan-kawan anda kekal hingga ke Jannah. 

Sekian sahaja entry ni... *Fi Hafizillah*
Salam.. :)

Sunday, 16 June 2013

Realiti atau Fantasi??


Salam.. hi readers…

Aceceh tajuk entry ni. Dah macam tajuk lagu pulak rasanya.

Sebenarnya mood nak update tajuk ni bila teringat tentang majlis persandingan Izzue Islam dan pasangannya beberapa minggu lalu. Ok, siapa dekat sini peminat Izzue Islam? Hehehe, macam biasa. Tak payah angkat tangan, cukup sendiri tahu.

Apa sebenarnya kaitan antara Izzue Islam, realiti dan fantasi ni? Kaitannya adalah…..

As far as I concern, rasanya ramai peminat Izzue Islam tak puas hati dengan perkahwinan mereka berdua. Betul tak? Ramai yang kutuk cakap yang tak sepatutnya pada pasangan tu. Betulkan? Walaupun orang tu mungkin bukan anda tapi mesti anda ada terbaca di mana-mana komen dan kritikan yang diorang terima, kan?

Ok. Realitinya adalah Izzue Islam dah kahwin. Dan dia kahwin dengan wanita pilihan dia, Awin. Ramai yang komen cakap pasangan tak sepadan, tak sama cantik, macam-macam lagilah. Sampai kadang-kadang ada komen yang sangat tak sepatutnya diucapkan pada pasangan tu. Sepatutnya, sebagai peminat yang sokong kerjaya Izzue Islam, anda mendoakan pasangan tersebut berkekalan hingga ke Jannah, bukannya mengutuk mereka.

Apa yang saya kaitkan dengan fantasi adalah, sesetengah peminat ni terlampau hidup dengan imaginasi watak. Kita semua sedia maklum yang Izzue Islam berlakon dalam cerita 'Sebenarnya Saya Isteri Dia'. Ok, saya mengaku.Watak dia dan Tiz Zaqyah memang hidup dan menjadi dambaan semua di dunia nyata. Tapi tolong lah faham yang mereka berdua tu terikat pada arahan dan skrip. Semua tu berlaku atas arahan direktor! Jadi semua adegan yang sweet, romantik dan melting tu dah di susun dan diatur. 

Dan disebabkan drama ni juga lah ada sesetengah peminat mengkritik Izzue Islam dan isterinya. Ada juga yang kata Izzue lagi sesuai dengan Tiz Zaqyah dan macam-macam lagilah. Baik! Saya tak nak komen panjang. Itu hak anda yang menilai. Tapi bagi saya, jodoh, pertemuan, ajal dan maut sudah ditentukan dari kita berada di alam roh lagi. Kenapa itu jadi persoalan? Apa hak kita untuk mempersoalkan takdir? Layakkah kita nak menentukan jodoh seseorang? Setahu saya jodoh setiap makhluk dah ditentukan di Loh Mahfuz jadi tak perlu kita persoalkan kalau mungkin itulah jodoh yang dah ditetapkan oleh ALLAH untuk mereka.

Saya bukan bercakap hanya untuk kes Izzue dan isteri tapi ini secara umum. Kita tak de kuasa untuk menghalang apa yang ditetapkan oleh ALLAH. Macam mana cantik sekali pun perancangan kita, ALLAH mempunyai jalan yang jauh lebih cantik dan baik untuk hamba-Nya. sesungguhnya DIA maha mengetahui. Jadi, jangan dipersoalkan takdirnya. 

ALLAH tidak memandang rupa paras dan harta hamba-Nya tapi DIA memandang iman yang terletak dalam diri hamba-Nya

Cuba bayangkan kalau pasangan anda yang dikutuk, dikata oleh orang, apa perasaan anda? Mesti sakit hatikan? Itu lah perasaan mereka yang terkena kutukan tu. Jadi sebelum nak kutuk tu, fikirkan dulu perasaan orang lain. Put yourself in their shoes. Baru anda boleh faham perasaan tu.

Cantik ke hodoh ke lawa ke buruk ke, semua tu ciptaan ALLAH. Bila kita mengutuk seseorang tu, sama ertinya kita kutuk ciptaan ALLAH. Realiti takkan boleh digabungkan dengan fantasi. Realiti adalah hakikat kehidupan yang kita jalani tapi Fantasi adalah imaginasi yang boleh kita cipta dan hasilkan dengan sendiri...

#Apa yang saya tulis ni bukan untuk blaming sesiapa tapi sebagai ingatan dan panduan kita bersama.. Saya juga manusia yang sering terleka.

Sekian saja entry ni... Salam.. :)

Saturday, 15 June 2013

Sekadar Kata-Kata

Salam.. Hi readers.. (sorrylah blog ni memang bahasa rojak)

Hari ni saya kebosanan. Saya mengaku memang selalu saya kebosanan tapi hari ni berganda-ganda. Saya pun tak tahu kenapa. Jadi, hari ni saya banyak habiskan masa menghadap komputer riba laptop dan online Facebook dan Tweeter. Sambil-sambil online tu ada jugak saya baca beberapa status yang agak menggelikan anak tekak... Status orang bercinta & putus cinta paling banyak sekali saya jumpa. Saya rasa bukan saya je, awak pun mesti selalu baca jugak status macam tukan?

Saya nak tanya pandangan awak sebagai seorang yang ada hati, perasaan dan otak. Apa pandangan awak terhadap mereka yang luahkan perasaan cinta, sayang, benci mereka di ruangan-ruangan public macam tu?

Mungkin ada yang kata 'lantak dioranglah. tu hak diorang'. Ya, saya faham tu memang hak diorang. Tapi kalau dah sampai buat orang lain menyampah atau dengan kata erti lainnya "annoying", tu dah kategori menganggu hak dan privasi orang lain.

Mungkin jugak ada yang kata 'kau jeleskan? sebab kau tak de boyfriend'. Sorry, saya langsung tak kisah pasal perkataan BOYFRIEND tu. Pada saya BOYFRIEND tu satu yang boleh pergi dan balik dengan mudah...

Memang saya faham laman FB dan TWEET tu milik awak, tapi tolonglah harmati pandangan orang lain. Kalau sayang sangat dengan girlfriend/boyfriend awak tu, tak perlu mention kat FB bagi tau satu dunia. Mesej je la, kan senang? habis cerita. Kalau benci sangat dengan seseorang tu, tak perlu nak update TWEET segala bagai, simpan dalam hati dan doakan semoga dia berubah. Kan itu lagi baik. Daripada awak mencarut tak tentu hala, menambahkan dosa yang membaca.

Apa yang saya tulis ni bukan untuk blaming salahkan mereka. Tapi sekadar nasihat. Nasihat untuk mereka, awak yang membaca dan untuk saya sendiri. Saya juga manusia biasa, sentiasa lakukan kesalahan. Saya mengaku saya tak sempurna. Saya tak sedar bila saya terlajak kata. Jadi, nasihat ini sebagai ingatan untuk saya cuba perbaiki diri saya. Kalau saya salah, tegurlah...

*Sayang Selalu*
:)