Tuesday, 18 June 2013

Sahabat/Friend....

Salam.. Hi readers

Sebab tajuk blog ni, "It's all 'bout life", so entry dalam ni semua berkisarkan kehidupan seharian kita sebagai manusia. Kadang-kadang tu mungkin ada meraban sikit, terover sikit... lumrah la tu.. *peace*

Hari ni mood nak tulis pasal friendship la... Memandangkan hari ni adalah special date bagi saya, so feeling exited pulak nak tulis pasal friendship..

Saya nak senaraikan beberapa jenis kawan yang ada dekat muka bumi ni..

1. Back Stabber

Kawan tikam belakang. Saya memang tak boleh terima jenis macam ni... Sakit hati tau dengan manusia yang depan berlagak baik tapi belakang, dari A-Z rahsia kita dibukanya. Kawan macam ni bila dikenangkan balik, mula la kita akan terfikir 'kan bagus kalau dari dulu aku tak pernah kenal dia'. 

Kawan jenis back stabber ni, memang tak sepatutnya wujud dalam satu persahabatan. Selalunya, kerana dialah hubungan persahabatan antara kawan yang lain akan putus.... atau porak peranda.

2. Black Sheep

Ni pun jenis 2x5 je macam back stabber. Tapi jenis ni lagi extreme. 

Biasanya kalau black sheep ni akan melibatkan hubungan persahabatan berkumpulan. Depan baik, belakang mula buat cerita. Bila cerita siap dibina dan tersebar, dia akan buat muka tak bersalah. Malah, sometimes siap bagi nasihat kat kita untuk bersabar. Tapi kalau nak tahu, sebenarnya dialah yang sampaikan cerita buruk tu kat semua orang. Kejam kan?

3. Kawan waktu senang, waktu susah... errr...

Yang ni pun parah gak. Waktu kita senang, ada je dia menempel kat sebelah kita. Masa tu 'kamilah best buddy for ever'. Tapi bila kita ada kesusahan, adoyaiiii.... dialah yang pertama menghilang. Bagi alasan beribu-ribu asalkan dia tak sama dapat susah macam kita. Kawan jenis macam ni memang berjuta kat muka bumi ni. Sana sini kita boleh jumpa. Tak payah cari jauh-jauh, rasanya dekat keliling kita pun ada sekarang ni.. :)

4. Kawan waktu dia susah, waktu dia senang ....

Waktu dia susah, kita nilah sahabat sejati. Waktu dia senang, dia lupakan kita. Kalau dia ada problem, laju je dia cari kita. Tapi bila problem dia dah settle, perkataan 'terima kasih' pun dah tak nampak bayang. Kawan macam ni memang buat saya selalu rasa nak baling buang dari hidup. Tapi susah. 

Dalam banyak-banyak mesti ada satu atau dua yang melekat punya.

5. Kawan sejati

This is the true friend! Kawan masa susah dan masa senang. Bila kita happy, dia sama happy dan bila kita sedih, dia ada untuk pujuk dan kuatkan semangat kita. Kawan macam ni memang best tapi paling susah nak jumpa. Mungkin satu dalam sejuta kot.. Kawan yang paling bermakna bagi kita memang susah nak jumpa. Bila dah jumpa, janganlah lepaskan. Jangan buat hubungan yang baik tu huru hara sebab satu masalah kecil. Ok??
*****
Penat pulak rasanya update pasal ciri-ciri SAHABAT ni. Tapi saya memang bersyukur sebab saya ada ramai kawan jenis nombor 5. Geng kaki merepek. Hahaha... (main dan je nama tu). Thanks to Azimy, Muzammir, Faridah, Amirul and Yana.. Ops, Emy lagi seorang. Selalu ada masa saya perlukan bantuan. Tolong saya waktu saya tak mampu nak hadapi rintangan dan selalu ada untuk cherish hidup saya. Memang korang best buddyz untuk selamanya!

Untuk SAHABAT type 1-4 tu, tolonglah berubah. Kita hidup dekat dunia ni perlukan kawan. Kalau bukan untuk sekarang tapi untuk masa depan. Kalau dengan semua kawan kita dah buat macam tu, nanti satu hari bila kita betul-betul perlukan kawan tak ada siapa nak membantu. Masa tu menyesal pun tak guna!

Untuk semua yang pegang tittle SAHABAT, Happy Friendship Day... Semoga persahabatan anda dan kawan-kawan anda kekal hingga ke Jannah. 

Sekian sahaja entry ni... *Fi Hafizillah*
Salam.. :)

No comments:

Post a Comment