Salam...
Pengalaman mematangkan kita!
Betul kata2 org dulu2 tu.. Pengalaman hari ini mematangkan kita untuk menempuhi hari2 yang mendatang. kadang2 kita tertanya kenapa kita diuji, kenapa kita dicuba dengan sesuatu yang kita rasa kita tak mampu nak tanggung...
TAPI...
Hakikatnya, setiap cubaan, ujian dan dugaan yang kita lalui telah disusun kemas dan rapi oleh Yang Maha Agung tanpa kita ketahui. Ilmu yang kita ada ni terlalu cetek untuk menilai apa yang telah dibentangkan oleh ALLAH untuk kita di hari kemudian..
Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Hikmah yang tersembunyi yang tak mungkin kita sedar dalam masa satu atau dua hari kejadian tu berlaku.. Hikmah yang tersimpan 1001 kemanisan. Mungkin hari ni kita diuji dengan pergaduhan dengan teman kelas, sebulan kemudian kita dapat seorang kawan rapat yang sentiasa ada di sisi saat susah atau senang. Hikmah bukan?
Apa yang berlaku hari ini mengajar kita untuk terus mara kedepan. Untuk terus maju dan berusaha untuk terus bangkin walaupun kita jatuh ditolak. Memang sukar saat mahu bangkit. lebih2 lagi tanpa sesiapa di sisi, tapi ingatlah! Tanamkan dalam mindamu, ALLAH sentiasa ada di sisi. DIA-lah tempat mengadu, DIA-lah tempat meminta. Dekatkanlah diri pada-NYA..
ALLAH takka menguji hamba-NYA melebihi apa yang mampu ditanggung oleh hamba-NYA. ALLAH Maha Mengetahui kekuatan dan kelemahan kita. Apa yang dicorakkannya sesuai dengan apa yang mampu kita tanggung. ALLAH menguji kerana DIA rindukan suara hamba-NYA meminta, DIA rindukan suara hamba-NYA merayu, kerana itu DIA datangkan ujian. Supaya kita terus dekat pada-NYA..
Percayalah kasih sayang ALLAH, sabarlah dengan ujian-NYA, cekalkan hati dengan cabaran dihadapan, In Shaa ALLAH, kejayaan dihadapan menanti..
Setiap apa yang berlaku untuk mematangkan kita menempuh hari kemudian. Apa yang kita tempuh hari ini mampu buat kita bangkit saat kita mula ingin rebah. Dan dengan pengalaman, kita mampu menjadi insan yang lebih cemerlang dan berjaya di masa hadapan... In Shaa ALLAH...
Sekian,
Fi Hafizillah..
",
No comments:
Post a Comment